Monday, November 21, 2011

10 Makanan Yang Membantu Mengurangkan STRESS.


~Salam~
Entri khas untuk mereka-mereka yang selalu mengalami stress.So,kepada korang yang kalau stress yang suka makan tu, ni senarai makanan yang mampu tangani masalah korang.
(1) Kacang - Kacang mengandungi magnesium, yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasilan hormon kortisol (hormon yang menjadi punca stress). Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengambil secara berlebihan keranan kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
(2) Brokoli - Brokoli mengandungi asid folik yang turut membantu dalam mengurangkan stress .
(3) Manisan - Hormon stress juga dikaitkan dengan proses simpanan lemak dibahagian perut . Hanya dengan meletakkan sedikit manisan dibahagian lidah boleh membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.
(4) Roti gandum dan jam atau madu - Makanan yang kaya dengan karbohidrat boleh membantu untuk meningkatkan hormon serotonin (hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan kepada anda).
(5) Ikan salmon - Asid lemak omega-3 membantu sel-sel otak anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang sedang dialami.
(6) Coklat gelap - Coklat gelap mengandungi kandungan endorphin, yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak dan mengurangkan stress.
(7) Susu - Khasiat di dalam susu boleh membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stress.
(8) Minum koko panas - Air koko panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh seseorang, yang memberikan rasa keselesaan dan juga turut meningkatkan fungsi otak.
(9) Minum teh - Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.
(10) Minum air sejuk - Air sejuk dapat merangsang endorphin yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

p/s:Selamat mencuba..

Thursday, November 17, 2011

Wanita


          ~Salam~

Sekadar berkongsi,dan khas untuk kaum Hawa.





Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.




Dunia adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah



Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…




p/s: Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...