Thursday, October 27, 2011

Happy Anniversary Mak Abah

~Salam~




Hari ini genap 32 tahun usia perkahwinan mak dan abah.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini kekal ke akhir hayat.Doaku agar kalian sentiasa diberkati dan tabah hadapi dugaan yang mendatang..

Akak terharu sangat mempunyai mak dan abah yang bertanggungjawab dan sentiasa sabar akan perangai kami adik-beradik.Akak tahu mak dan abah dah cuba sebaik mungkin untuk penuhi kehendak dan permintaan kami yang kadang-kadang di luar jangkaan dan jangkauan.

Sekarang anak mak abah tinggal 4 orang.Akak doakan mak abah redha dengan ketentuan-Nya dan mak abah sentiasa kuat. Kita sama-sama berdoa agar anak mak yang pergi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..amin..

Walau bilangan kami berkurangan,kasih dan sayang kami terhadap mak dan abah tak akan pudar dan semakin kuat dari hari ke hari.

Terima kasih mak abah diatas pengorbanan membesarkan kami dan sampai akak berjaya masuk universiti.Walau kita tidak kaya harta tapi akak dapat banggakan  mak abah yang anak mak abah kaya ilmu.Akak dapat buktikan yang anak mak abah ni boleh berjaya macam anak-anak orang lain.

Alhamdulillah,Allah makbulkan doa-doa mak abah .Anak-anak mak abah dapat  jejakkan kaki ke menara gading.Akak gembira,akak bahagia memiliki mak abah yang sporting,baik,penyayang,penyabar sangat-sangat.

p/s: Sayang Mak Abah ketat-ketat !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...