Wednesday, November 30, 2011

Kelebihan Air Sejuk

~Salam~

Aku nak share dengan korang pasal info yang aku jumpe tadi 

"Kelebihan Air Sejuk"






  • Melepaskan Stress- Sekiranya anda sedang bergelut dengan masalah perasaan yang cemas,takut,gugup, stress dan sebagainya.Anda seharusnya perlu ke bilik air dan percikkan air sejuk pada bahagian muka.Ini adalah kerana air seju membantu untuk menetapkan suhu badan,melambatkan kadar dengupan jantung dan secara tidak langsung ia dapat memberikan ketenangan terhadap perasaan yang sedang dihadapi.

  • Menyinarkan Rambut- Setiap orang yang berminat terhadap penjagaan rambut pasti pernah mendengar sekiranya membilas rambut menggunakan air sejuk, id dapat membantu untuk menyinarkan lagi rambut. Dan ia sememangnya benar.Ini adalah kerana air sejuk dapat membantu untuk melindungi akar rambut,melicinkan dan membaiki setiap helaian rambut agar lebih untuk memantulkan cahaya.

  • Membantu Mengurankan Berat Badan- Perkara ini sudah lama di debatkan tetapi sekarang terdapat sedikit hujah sains yang boleh menyokongnya.Setiap orang yang mengamalkan diet dan juga mengamalkan untuk meminum air sejuk akan dapat membantu membakar 70 kalori tambahan pada setiap hari.

  • Mengurangkan Kesakitan Melecur- Selepas ini sekiranya anda melecur di mana-mana bahagian badan dan ianya tidaklah terlalu serius,perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membasuh bahagian melecur itu dengan air sejuk.Biarkan ia selama 20 minit.Kemudian barulah anda pergi mendapatkan rawatan selanjutnya sekiranya dirasakan perlu.

  • Membantu Menghilangkan Mabuk- Ia bukan sahaja untuk mabuk yang disebabkan alkohol,tetapi untuk semua masalah seperti mabuk laut,darah dan sebagainya.Dengan meminum segelas air sejuk,boleh mengurangkan kesan mabuk yang sedang dialami. Selain daripada itu,dengan meletakkan kain basah pada bahagian dahi dan berehat di tempat yang tenang dan gelap juga boleh membantu untuk mengurangkan keasan mabuk.

  • Pemulihan serkulasi dan otot- Peralihan antara air panas dan sejuk di bilik mandi boleh meningkatkan peredaran darah kerana air panas menyebabkan darah bergegas ke permukaan kulit untuk melindungi organ-organ,sementara air sejuk mendorong darah di bahagian organ-organ untuk dipanaskan.Air sejuk juga merupakan latihan rahsia atlet profesional yang berani untuk merendam tubuh mereka dalan tab mandi ais,strategi pasca-latihan yang membantu otot pulih dengan mengurangkan inflamasi dan pembengkakan.


p/s: Memang banyak kelebihan..lagi-lagi point "Mengurangkan Kesakitan Melecur"...

Wednesday, November 23, 2011

Happy Birthday My Dear MFB

~Salam~


Aku ni tenggelam timbul je..Seriously,mggu ni gastrik aku semakin terok.So,kesempatan menulis entry tiada kerana kurangnya masa terluang.

Masih sempat lagi kot aku nak ucap Tahniah kat Skuad Harimau Malaya diatas kejayaan mempertahankan pingat emas pada Sukan Sea 26.

Haaaa...berbalik pada tajuk entry..entry kali khas untuk MFB yang dulu merangkap adik angkat kesayangan aku..hahaa...23.11.2011...genap la umor 22 tahun..




 khas untuk MFB.. :p



Layan je la ye..aku xreti sangat wat bende ni..tp demi kasih,cinta pada MFB..aku luahkan dekat video ni..




p/s: Aku mula sedar yang aku semakin jiwang..haha

Monday, November 21, 2011

10 Makanan Yang Membantu Mengurangkan STRESS.


~Salam~
Entri khas untuk mereka-mereka yang selalu mengalami stress.So,kepada korang yang kalau stress yang suka makan tu, ni senarai makanan yang mampu tangani masalah korang.
(1) Kacang - Kacang mengandungi magnesium, yang dapat membantu untuk mengurangkan lagi penghasilan hormon kortisol (hormon yang menjadi punca stress). Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak mengambil secara berlebihan keranan kacang mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
(2) Brokoli - Brokoli mengandungi asid folik yang turut membantu dalam mengurangkan stress .
(3) Manisan - Hormon stress juga dikaitkan dengan proses simpanan lemak dibahagian perut . Hanya dengan meletakkan sedikit manisan dibahagian lidah boleh membantu mengurangkan stress yang sedang dialami.
(4) Roti gandum dan jam atau madu - Makanan yang kaya dengan karbohidrat boleh membantu untuk meningkatkan hormon serotonin (hormon yang membantu untuk memperbaiki mood dan juga memberikan ketenangan kepada anda).
(5) Ikan salmon - Asid lemak omega-3 membantu sel-sel otak anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga berkesan dalam mengurangkan stress yang sedang dialami.
(6) Coklat gelap - Coklat gelap mengandungi kandungan endorphin, yang membantu untuk meningkatkan lagi sistem otak dan mengurangkan stress.
(7) Susu - Khasiat di dalam susu boleh membantu untuk mengurangkan lagi tekanan darah seseorang dan juga stress.
(8) Minum koko panas - Air koko panas membantu untuk meningkatkan suhu tubuh seseorang, yang memberikan rasa keselesaan dan juga turut meningkatkan fungsi otak.
(9) Minum teh - Satu kajian yang dilakukan oleh University College London menunjukkan seseorang yang minum teh empat kali sehari selama enam minggu dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang menjadi punca stress.
(10) Minum air sejuk - Air sejuk dapat merangsang endorphin yang turut membantu dalam mengurangkan stress.

p/s:Selamat mencuba..

Thursday, November 17, 2011

Wanita


          ~Salam~

Sekadar berkongsi,dan khas untuk kaum Hawa.





Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.




Dunia adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah



Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…




p/s: Syurga itu dibawah telapak kaki ibu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...