~Salam~
Aku nak share dengan korang pasal info yang aku jumpe tadi
"Kelebihan Air Sejuk"
- Melepaskan Stress- Sekiranya anda sedang bergelut dengan masalah perasaan yang cemas,takut,gugup, stress dan sebagainya.Anda seharusnya perlu ke bilik air dan percikkan air sejuk pada bahagian muka.Ini adalah kerana air seju membantu untuk menetapkan suhu badan,melambatkan kadar dengupan jantung dan secara tidak langsung ia dapat memberikan ketenangan terhadap perasaan yang sedang dihadapi.
- Menyinarkan Rambut- Setiap orang yang berminat terhadap penjagaan rambut pasti pernah mendengar sekiranya membilas rambut menggunakan air sejuk, id dapat membantu untuk menyinarkan lagi rambut. Dan ia sememangnya benar.Ini adalah kerana air sejuk dapat membantu untuk melindungi akar rambut,melicinkan dan membaiki setiap helaian rambut agar lebih untuk memantulkan cahaya.
- Membantu Mengurankan Berat Badan- Perkara ini sudah lama di debatkan tetapi sekarang terdapat sedikit hujah sains yang boleh menyokongnya.Setiap orang yang mengamalkan diet dan juga mengamalkan untuk meminum air sejuk akan dapat membantu membakar 70 kalori tambahan pada setiap hari.
- Mengurangkan Kesakitan Melecur- Selepas ini sekiranya anda melecur di mana-mana bahagian badan dan ianya tidaklah terlalu serius,perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membasuh bahagian melecur itu dengan air sejuk.Biarkan ia selama 20 minit.Kemudian barulah anda pergi mendapatkan rawatan selanjutnya sekiranya dirasakan perlu.
- Membantu Menghilangkan Mabuk- Ia bukan sahaja untuk mabuk yang disebabkan alkohol,tetapi untuk semua masalah seperti mabuk laut,darah dan sebagainya.Dengan meminum segelas air sejuk,boleh mengurangkan kesan mabuk yang sedang dialami. Selain daripada itu,dengan meletakkan kain basah pada bahagian dahi dan berehat di tempat yang tenang dan gelap juga boleh membantu untuk mengurangkan keasan mabuk.
- Pemulihan serkulasi dan otot- Peralihan antara air panas dan sejuk di bilik mandi boleh meningkatkan peredaran darah kerana air panas menyebabkan darah bergegas ke permukaan kulit untuk melindungi organ-organ,sementara air sejuk mendorong darah di bahagian organ-organ untuk dipanaskan.Air sejuk juga merupakan latihan rahsia atlet profesional yang berani untuk merendam tubuh mereka dalan tab mandi ais,strategi pasca-latihan yang membantu otot pulih dengan mengurangkan inflamasi dan pembengkakan.
p/s: Memang banyak kelebihan..lagi-lagi point "Mengurangkan Kesakitan Melecur"...
No comments:
Post a Comment